HYPP.TV - Membawa video bola sepak berkualiti tinggi ke PC anda!

Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan oleh pengadil M Ramachandran dalam perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 8 September lalu yang menandakan juga tamatnya liga M musim 2006/2007, ribuan peminat tempatan pastinya tercari-cari alternatif lain bagi memenuhi selera bolasepak mereka sementara menantikan aksi musim baru yang hanya akan bermula hujung minggu ini.

Saya juga tidak terkecuali. Jika membaca pelbagai khabar angin mengenai pemain A yang telah menandatangani MOU dengan pasukan B tetapi sebaliknya turun menjalani latihan bersama skuad C pula dengan alasan tidak mahu berjauhan dari keluarga memualkan kita, mungkin menyaksikan aksi Liga Perdana Inggeris di PC 24 jam sehari dapat membantu mengisi kekosongan ini.

Tahniah kepada TM yang pantas menyedari kehendak peminat bolasepak tempatan yang ingin menyaksikan aksi bolasepak bermutu tinggi tidak kira tempat dan masa dengan memperkenalkan Hypp.TV. Ianya adalah sebuah laman web memaparkan video-video secara percuma atau berbayar ekslusif khusus dari Liga Perdana Inggeris. Sejak 2 minggu lalu saya telah diberi peluang untuk mencuba Hypp.TV, dan ianya tidak mengecewakan.

Tidak kira jika anda meminati Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea (alamak) atau sekadar Derby County (anda biar betul), apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka PC anda dan saksikan rangkuman video pasukan kesayangan anda. Mungkin ada yang berpendapat tidakkah membazir melanggan perkhidmatan ini jika telah pun melanggan stesen tv berbayar, namun Hypp.TV memberikan lebih kuasa kepada anda. Kini Fernando Torres, Michael Owen, Ronaldo dan ramai bintang bertaraf dunia hanya di hujung 'mouse' PC anda.

Tidak cukup dengan kebolehan untuk mengulang-tayang aksi yang dikehendaki, sebagai tambahan video tema seperti Gol Pilihan, Pemain Pilihan dan Pasukan Pilihan Mingguan turut disediakan. Saya berpendapat, kebolehan mengulang-tayang misalnya, sangat berguna dalam menyelesaikan perdebatan yang kerap berlaku di kalangan peminat bolasepak seperti menentukan sama ada sesetengah pemain wajar dikenakan kad atau keputusan pengadil yang diragui. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan memilih video aksi dari perlawanan yang dimaksudkan.

Rangkuman video Hypp.TV dipaparkan secara 'streaming' membolehkan paparan yang pantas dinikmati pelanggan. Saya mendapati kualiti video yang dipaparkan di sini juga bermutu tinggi dan jauh lebih baik dari kebanyakan video yang dirakam secara amatur oleh peminat dari laman lain seperti YouTube.

Setelah puas menikmati video, peminat juga berpeluang berdiskusi di ruangan forum yang disediakan, menyertai pelbagai kuiz dengan hadiah menarik dan membaca berita terkini berkaitan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum saya terlupa, Hypp.TV kini sedang mengadakan satu peraduan khusus untuk ahli-ahli Bluehyppo dengan menawarkan hadiah 3 bulan langganan percuma perkhidmatan video Liga Perdana Inggeris. Caranya mudah sahaja, hanya jawab 2 soalan mudah dan lengkapkan slogan. Siapa tahu, mungkin ini peluang anda untuk mencuba sendiri perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.

Dengan harganya yang berpatutan, saya menyarankan agar peminat tidak melepaskan peluang menikmati perkhidmatan Hypp.TV ini. Mungkin satu hari nanti TM boleh mempertimbangkan untuk mengadakan perkhidmatan seperti ini merangkumi aksi Liga M pula.

Kadar Langganan:
PELANGGAN STREAMYX
RM9.90 sebulan
RM24.90 untuk 3 bulan
RM49.90 untuk 5 bulan + 1 bulan percuma
RM89.90 untuk 10 bulan + 2 bulan percuma

BUKAN PELANGGAN STREAMYX
RM14.90 sebulan
RM39.90 untuk 3 bulan


Maklumat lanjut di http://hypp.tv/