Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
22.02.05

Dari Kem Latihan Kelana Jaya

Oleh: angah316

Setelah menang dalam perlawanan semalam, pasukan Selangor turun untuk meneruskan latihan ringan bagi persiapan perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Pahang Rabu ini. Suasana riang menyelubungi kem latihan hari ini terutama selepas kejayaan membenam musuh setempat semalam, di samping majlis meraikan hari jadi K Sanbagamaran dan Amri Yahyah (bulan lalu) di Quality Hotel selepas perlawanan. Moral tinggi menyemarakkan lagi semangat para pemain dan pengurusan untuk bersama-sama dalam sesi latihan ini walaupun cuaca agak cerah dan panas.

 

Selepas sesi latihan ringan pertama tamat, ketua jurulatih Dollah Salleh memulakan latihan taktikal yang hanya melibatkan para pemain simpanan manakala pemain skuad utama bebas untuk aktiviti sendirian. Kesempatan ini digunakan oleh Dollah sepenuhnya untuk melatih para pemainnya yang tidak bermain untuk perlawanan sebelum ni, manakala pemain utama dilihat banyak berehat dan menjalankan senaman ringan selain menjalani permainan ringkas.

 

Dalam pada itu, khabar angin yg mengatakan pemain sayap kanan lincah Elie Aiboy cedera adalah tidak benar sebaliknya beliau dilihat berada dalam keadaan baik dan sedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang Pahang.