Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
19.03.05

Previu: Selangor lwn MK Land

Oleh: misai117

Latihan harian diteruskan petang tadi di mana 23 daripada 25 orang pemain skuad utama Selangor turun menjalani latihan dikendalikan oleh Dollah Salleh dan dibantu oleh Rosedy Mohd Nadzir,Razali Alias dan Rashid Hassan.

 

Perkembangan ceria dari kem latihan Selangor apabila kesemua pemain yang diberitakan tercedera sudah kembali menjalani latihan seperti biasa. Hanya Azlisham Ibrahim dan Khalid Jamlus yang tidak menyertai sesi latihan petang tadi.

 

Kemungkinan ketiadaan Khalid Jamlus dalam kesebelasan utama Ahad ini membayangkan Brian Fuentes bakal bermain di bahagian serangan dan bergandingan dengan Bambang Pamungkas.

 

Posisi sayap kiri yang ditinggalkan Fuentes bakal ditampung oleh pelatih skuad kebangsaan, D.Surendran manakala Amri Yahyah mungkin beraksi di sayap kanan menggantikan tempat Elie Aiboy.Elie yang sudah pulih dari kecederaan,mungkin direhatkan untuk memberi laluan kepada Buddy Farah memperkasakan barisan pertahanan.

 

Ketua pasukan, Shukor Adan mungkin dapat disenaraikan di bangku simpanan kerana sudah mampu menjalani latihan penuh.Tugas midfield pada Ahad ini bakal digalas oleh K.Sanbagamaran dan Nazzab Hidzan.

 

Barisan pertahanan pula bakal menggandingkan Razman Roslan, Tharmini Saiban, Buddy Farah dan Fadhil Hashim. Nazrul Erwan tidak dapat diturunkan kerana mengalami penggantungan kad merah ketika bertemu Brunei minggu lepas.

 

Shahrizan yang beraksi cemerlang ketika menentang asakan Brunei minggu lepas, kekal sebagai benteng terakhir.

 

Nazrul ketika ditemui selepas latihan berkata, beliau masih tidak mengetahui digantung berapa perlawanan kerana keputusan penggantungan beliau belum diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM. Mengulas mengenai kad merah yang diterimanya minggu lepas, Nazrul mengatakan bahawa dia cuba untuk menanduk bola tersebut dengan melayangkan badan tetapi bola terkena tangannya dengan tidak sengaja. Pengadil tidak melihat kejadian tersebut dan selepas berbincang dengan penjaga garisan, pengadil melayangkan kad merah.

 

Sementara itu, Fairuz Montana yang baru pulih dari kecederaan panjang dilihat sudah mampu menjalani latihan penuh dan dilihat bakal beraksi semula jika mencapai tahap kecergasan. Ini pasti memberi khabar gembira buat Dollah Salleh kerana beliau semakin mempunyai banyak pilihan pemain.

 

Pengurus pasukan, Dato’ Dr. Hj Mohamad Satim bin Diman turut melihat anak buahnya menjalani latihan petang tadi. Diharap aksi bertenaga dapat dihidangkan oleh barisan pemain Selangor pada perlawanan menentang MK Land Ahad ini terutamanya Brian Fuentes yang begitu bersemangat menjalani latihan pada hari ini.