Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
24.06.05

Merah Kuning gembira tetapi Elie cedera

Oleh: Harian Metro

Gergasi Merah Kuning terpaksa membayar harga paling mahal dalam kemenangan ke atas MK Land dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Petaling Jaya malam tadi apabila pemain sayap import dari Indonesia, Elie Aiboy mengalami kecederaan hamstring.

 

Kecederaan itu adalah berita buruk buat pasukan Merah Kuning itu yang berkemungkinan hilang khidmat pemain sayap berbisa itu buat tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

 

Ternyata kehilangan itu akan ditangisi Gergasi Merah dalam mengharungi empat perlawanan paling penting Liga Perdana sebelum ditabalkan juara Kumpulan A musim ini dan pusingan suku akhir Piala FA selepas ini.

 

Jurulatih Selangor, Dollah Salleh berkata kecederaan Elie itu memaksanya mengeluarkan pemain berkenaan ketika babak separuh masa kedua.

 

"Jika melihat kecederaan yang dialaminya, kita mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Elie dalam tempoh dua minggu ini. Tetapi saya amat berharap supaya dia pulih segera bagi mengharungi baki perlawanan Liga Perdana". katanya.