21.06.05
Pasukan lebih utama buat Fuentes
Oleh: The Star
Penyerang Argentina, Brian Fuentes bertekad untuk terus menyumbang keringat buat Selangor walaupun tugas sebagai penyerang utama musim ini telah diambil alih oleh Bambang Pamungkas.
Fuentes yang memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana musim lalu setakat ini telah menjaringkan 15 gol dalam Liga Perdana dan satu gol dalam saingan Piala FA.
Penyerang MK Land, Marlon Alex James mendahului senarai penjaring dengan 23 gol diikuti oleh Bambang dengan 20 gol dan Fuentes yang menduduki tangga ketiga.
"Sebagai pemain profesional, kita seharusnya melakukan yang terbaik dalam apa jua keadaan. Saya merupakan penyerang utama musim lalu tetapi musim ini Selangor telah mendapatkan khidmat beberapa orang penyerang lagi menyebabkan saya terpaksa beraksi di sayap kiri." kata Fuentes.
"Dalam pasukan besar seperti Selangor, saingan untuk kesebelasan utama adalah sengit." tambah Fuentes yang telah beraksi dalam 14 dari 17 aksi Liga Perdana setakat ini.
"Namun saingan merebut tempat berlangsung secara siha, setiap dari kami berpeluang membuktikan keupayaan masing-masing. Saya rasa saya telah bermain cemerlang musim ini."
"Setiap kali jurulatih (Dollah Salleh) memilih untuk mengamalkan corak bertahan, saya akan kehilangn tempat dlm kesebelasan utama kepada Badawi Farah kerana hanya 3 pemain import boleh beraksi dalam satu-satu masa."
Fuentes yakin Selangor mampu mara ke peringkat suku akhir Piala FA. Selangor akan berhadapan dengan MK Land dalam perlawanan pusingan kedua peringkat kedua di Kelana Jaya esok dengan kelebihan 3-1 dari saingan peringkat pertama.
"MK Land adalah satu pasukan yang kuat. Kami telah menentang mereka sebanyak 3 kali musim ini, termasuk perlawanan Piala FA minggu lepas." kata Fuentes. "Saya yakin mereka pasti mencari gol awal dalam perlawanan esok."