Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
05.06.05

Selangor 2 MPPJ 1 (Persahabatan)

Oleh: misai117

Di kala TM Liga Malaysia 2005 berehat selama tiga minggu, Selangor telah

mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super, MPPJ Selangor di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya malam tadi.

 

Untuk separuh masa pertama, Selangor meletakkan Shahrizan Ismail di gawang gol, Tharmini Saiban, D.Surendran, Buddy Farah dan seorang pemain import dari Brazil yang diuji iaitu Martin Cloaildo di bahagian pertahanan, Elie

Aiboy, Nazzab Hidzan (Ketua Pasukan), Amri Yahyah dan Haris Safwan di

bahagian tengah sementara Bambang Pamungkas dan Brian Fuentes menerajui barisan serangan.

 

Aksi Selangor di awal babak pertama agak kelam kabut dengan MPPJ dilihat

lebih banyak menguasai perlawanan. Akibatnya, MPPJ berjaya membuka tirai

jaringan pada minit ke-20 menerusi gerakan satu dua yang pantas dan gagal

dibaca oleh barisan pertahanan Selangor.

 

Namun, bermula babak kedua, Selangor mula menemui rentak dengan kembali menguasai perlawanan. Dollah Salleh memasukkan P.Gunalan bagi menggantikan D.Surendran sementara Jamsari Sabian masuk menggantikan Shahrizan Ismail.

 

MPPJ semakin tertekan dan pada satu ketika, ketua pasukan MPPJ, Faizal

Zainal dilihat cuba untuk memanaskan keadaan dengan aksi keras tetapi

jurulatih MPPJ bijak menarik pemain ini keluar dan digantikan dengan adik

kembar beliau, Khairil Zainal.

 

Selangor terus menyerang, namun tiada jaringan dapat dilakukan apabila bekas penjaga gol Selangor, Faizal Rashid agak kebal mengawal pintu gol MPPJ dari dibolosi. Justeru itu, Selangor mengeluarkan Buddy Farah, Tharmini Saiban, Amri Yahyah serta Bambang Pamungkas dan memasukkan Saifulnizam Hussain, Aiman Firdaus, Fadhil Hashim dan Fairuz Montana.

 

Hasilnya, Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-70 apabila sepakan percuma Elie AIboy dari sebelah kiri berjaya ditanduk tipis oleh Brian Fuentes dan Faizal Rashid hanya mampu melihat bola terus menerjah jaring.

 

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Fairuz Montana

bijak melorongkan bola tepat ke arah Haris Safwan yang bijak memperdaya

penjaga gol lawan dan terus menolak menggunakan kaki kiri untuk gol

kemenangan Selangor pada minit ke-90 untuk kedudukan muktamad, Selangor menewaskan MPPJ 2-1.

 

SELANGOR:

22-SHAHRIZAN ISMAIL (1-JAMSARI SABIAN), 2-THARMINI SAIBAN (18-AIMAN

FIRDAUS), 4-BUDDY FARAH (6-SAIFULNIZAM HUSSAIN), 3-MARTIN CLOAILDO,

19-D.SURENDRAN (15-P.GUNALAN), 8-ELIE AIBOY, 7-NAZZAB HIDZAN , 17-AMRI

YAHYAH (13-FADHIL HASHIM), 9-HARIS SAFWAN, 20-BAMBANG PAMUNGKAS (11-FAIRUZ MONTANA), 10-BRIAN FUENTES.