20.06.05
Selangor 3 Kuala Lumpur 1 (Liga Perdana)
Oleh: misai117

Fuentes mengasak pintu gol KL (FAM pics)

Elie cuba melepasi pertahanan KL (Utusan)
Perlawanan ke-17 dalam saingan TM Liga Perdana bagi Kumpulan A telah
berlangsung di Stadium KLFA, Cheras malam tadi menemukan pasukan tuan rumah, Kuala Lumpur menentang pendahulu Kumpulan A, Selangor Darul Ehsan.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua telah dimenangi oleh pasukan Selangor dengan jaringan 4-1 dan 4-3. Dalam perlawanan Pusingan Ketiga ini, Selangor terus menjadi ingauan buruk buat Skuad Warga Kota kendalian Mat Zan Mat Aris ini apabila mereka sekali lagi tewas dengan jaringan 1-3 kepada Skuad Merah Kuning.
Selangor menurunkan kesebelasan yang sama ketika menewaskan MK Land dalam saingan TM Piala FA, Rabu lepas.
Hanya 30 minit diperlukan oleh Selangor untuk membuka tirai jaringan.
Berpunca dari hantaran lintang dari sebelah kanan oleh Tharmini Saiban, tiga
pemain iaitu Brian Fuentes, Bambang Pamungkas dan penjaga gol Kuala Lumpur, Sairul Amar cuba mencabar bola tersebut. Namun Bambang Pamungkas yang berjaya menanduk bola tersebut yang terus bergolek masuk ke dalam gawang gol Kuala Lumpur untuk Selangor mendahului 1-0.
Gol kedua Selangor juga berpunca dari sebelah kanan. Kali ini giliran Elie
Aiboy pula membuat hantaran lintang yang berjaya ditanduk tipis oleh Khalid
Jamlus. Bola tandukan Khalid Jamlus itu tepat ke kaki Brian Fuentes yang
terus melepaskan rembatan tepat ke penjuru gol Kuala Lumpur pada minit ke-42 untuk kedudukan 2-0 pada separuh masa pertama.
Seperti biasa, apabila bermula babak kedua, Selangor tidak menunggu lama
untuk menambah jaringan. Pada minit ke-52, pengadil memberikan sepakan
percuma di sebelah kiri kepada pasukan Selangor. Sepakan percuma yang
diambil D.Surendran rendah sahaja namun sudah cukup untuk bola tersebut
hinggap di kepala ketua pasukan, Shukor Adan yang menanduk tepat ke dalam gawang gol Kuala Lumpur untuk Selangor terus selesa mendahului 3-0.
Selepas gol tersebut, Selangor mula memperlahankan tempo permainan
sebaliknya Kuala Lumpur masih tidak berputus asa untuk mendapatkan gol. Pada minit ke-59 usaha mereka berhasil apabila Zamri Hassan berjaya juga
meledakkan satu rembatan deras kaki kanan di dalam kotak penalti dan gagal diselamatkan oleh Jamsari Sabian.
Kedudukan 3-1 kekal sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan.
SELANGOR:
1-JAMSARI SABIAN, 2-THARMINI SAIBAN, 5-NAZRUL ERWAN, 6-SAIFULZNIZAM HUSSAIN, 19-D.SURENDRAN, 8-ELIE AIBOY, 12-K.SANBAGAMARAN, 25-SHUKOR ADAN (7-NAZZAB HIDZAN), 10-BRIAN FUENTES, 20-BAMBANG PAMUNGKAS (9-HARIS SAFWAN), 23-KHALID JAMLUS (17-AMRI YAHYAH)