Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
13.06.05

TNB Kelantan 1 Selangor 2 (Liga Perdana)

Oleh: misai117

Aksi Khalid malam tadi (NSTP)

Setelah berehat hampir tiga minggu, TM Liga Perdana 2005 meneruskan aksi

dalam pusingan ketiga di mana pendahulu Kumpulan A, Selangor bertandang ke Stadium Muhammad Ke-IV untuk menentang TNB Kelantan.

 

Selangor yang memerlukan kemenangan untuk terus menjarakkan kedudukan dengan pencabar utama, Kedah dan MK Land menurunkan Shahrizan Ismail sebagai penjaga gol, Tharmini Saiban, Buddy Farah, Nazrul Erwan dan D.Surendran di posisi pertahanan, Elie Aiboy, K.Sanbagamaran, Shukor Adan (Ketua Pasukan) dan Nazzab Hidzan di posisi tengah manakala Bambang Pamungkas dan Khalid Jamlus kembali bergandingan di posisi serangan.Seorang lagi bintang import, Brian Fuentes, terpaksa direhatkan.

 

Selangor berjaya membuka tirai jaringan apabila Bambang Pamungkas berjaya menanduk rendah bola hantaran lintang dari sebelah kanan dan tandukan beliau itu berjaya mengelirukan penjaga gol TNB Kelantan, Mohd Sany Fahmi.

 

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat saingan babak pertama.

 

Babak kedua bermula dan tanpa menunggu lama, pada minit ke-51, giliran

Nazzab Hidzan pula untuk menggegarkan jaring gol TNB Kelantan. Kali ini,

Nazzab bersendirian membawa bola di bahagian tengah padang. Apabila

menyedari tiada siapa yang mencabar beliau, Nazzab terus meledakkan satu

rembatan deras dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga

gol TNB Kelantan untuk Selangor selesa mendahului 2-0.

 

Selangor mula memperlahankan permainan selepas itu setelah menyedari pasukan lawan mula menyajikan aksi keras.

 

Ketika perlawanan menuju ke penghujungnya, TNB Kelantan berjaya memperoleh gol saguhati apabila Armi Sharif merembat deras dari dalam kotak penalti ketika berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol Selangor.

 

Namun, gol tersebut gagal menidakkan Selangor untuk mengutip 3 mata penuh dengan menewaskan TNB Kelantan dengan jaringan 2-1.