Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
22.07.05

'Badut' mahu buktikan

Oleh: Berita Harian

Nazrul Erwan Makmor

Nazrulerwan ketika latihan semalam (NSTP)

Tatkala ramai yang mempertikaikan kemampuan benteng pertahanan Selangor menjelang perlawanan penentuan juara Liga Perdana 2005 esok, tonggak pertahanan, Nazrulerwan Makmor bertekad membuktikan dia mampu menggalas tugas mengemudi barisan itu dengan berkesan.

 

Nazrul atau digelar Badut menjelaskan dia sudah bersedia dari segenap segi untuk memastikan benteng Selangor tidak mudah dibolosi lagi selepas berupaya membentuk persefahaman mantap dengan rakan se posisi.

 

Pertahanan kebangsaan itu yang kini bergandingan secara tetap dengan Saifu Nizam Husin di bahagian tengah dalam beberapa perlawanan terakhir selepas ketiadaan pertahanan import dari Australia Badawi Farrah yang ditamatkan kontrak.

 

“Sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini, persefahaman saya dengan Saifu Nizam begitu baik sekali.

 

Kami sudah saling memahami corak permainan masing-masing dan sentiasa mengawal kedudukan satu sama lain.

 

“Sebelum ini gandingan saya sering bertukar-tukar dan sukar untuk membentuk persefahaman yang jitu.

 

Saya juga kini lebih mudah mengawal benteng pertahanan kerana penjaga gol (Jamsari Sabian) rajin buka mulut untuk membantu pertahanan,” katanya yang mengidam trofi pertama bersama Merah Kuning selepas berhijrah dari Sabah.