13.07.05
Penentuan di Paroi
Oleh: pippo
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Stadium Paroi sebagai gelanggang perlawanan penentuan juara Liga Perdana di antara Selangor dan Negeri Sembilan. Kedua-dua pasukan memasang hajat untuk menjadi tuan rumah pertandingan ini namun FAM membuat keputusan memilih Paroi dengan alasan untuk melihat impak penonton di luar Lembah Kelang.
FAM turut mengumumkan hadiah untuk juara Liga Perdana adalah RM200,000 berbanding RM250,000 tahun lalu. Hadiah bagi naib juara kekal pada RM100,000 manakala naib juara kumpulan A, Kedah dan naib juara kumpulan B, Terengganu masing-masing menerima RM50,000.
Berikutan kehadiran 5 wakil dari Selangor dalam pertandingan Piala Malaysia nanti, FAM turut membuat keputusan meminta PKNS bermain di Stadium Hang Jebat manakala Public Bank bermain di Stadium Larkin dalam pertandingan tersebut.