Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
08.07.05

Pertahanan Brazil, Cameroon diuji

Oleh: The Star

Selangor dilaporkan sedang menguji dua orang pemain pertahanan import untuk menggantikan Badawi Farah yang ditamatkan kontraknya kerana kecederaan dan persembahan kurang memuaskan.

 

Dua orang pemain pertahanan yang dimaksudkan adalah Jouber de Andreada dari Brazil dan Bohomo Etiegle dari Cameroon.

 

Walaupun telah berjaya memenangi tempat ke Liga Super, pengurus Selangor Datuk Satim Diman menyedari kelemahan barisan pertahanan Merah Kuning musim ini.

 

"Kita perlu mengekalkan momentum kini. Peminat pastinya mengharapkan kita cuba untuk memenangi Piala FA dan Piala Malaysia pula." katanya lagi.