Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
20.07.05

Richard calon import keempat

Oleh: Berita Harian

Pencarian bagi pemain pertahanan untuk mengisi slot pemain import keempat Selangor semakin menghampiri penamatnya apabila pemain tinggi lampai Cameroon, Bohoma Etigle Richard dilihat calon utama mengisi kekosongan yang ditinggalkan Badawi Farrah.

 

Sebelum ini, dia dan Jouber de Andrada, 29 dari Brazil dinilai persembahan mereka dalam perlawanan persahabatan menentang PKNS minggu lalu dan kini, Bohama yang memiliki ketinggian 1.97 meter - kriteria penting dalam pemilihan - akan melalui ujian peringkat kedua dalam perlawanan persahabatan menentang Proton.

 

Jouber de Andrada dengan ketinggian 1.92m pernah beraksi bersama kelab Portugal, Juventude de Evora manakala Bohoma, 25, pernah beraksi di Pretoria, Afrika Selatan.

 

Sejak ketiadaan Badawi Farrah yang ditamatkan khidmatnya awal Julai lalu berikutan aksi kurang memberangsangkan, Gergasi Merah Kuning juga kelihatan pincang di benteng pertahanan apabila sukar memintas hantaran bola tinggi, kelemahan yang merisaukan mereka menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana, Sabtu ini.

 

Pengurus Selangor, Datuk Satim Diman mengakui kelemahan pertahanannya musim ini, tetapi kini lebih terbuka kepada cadangan untuk meminjam pemain daripada pasukan yang tidak beraksi dalam Piala Malaysia bagi memantapkan cabaran mereka seandainya Bohama tidak memenuhi kriteria mereka.