05.07.05
Satim makin yakin
Oleh: Berita Harian
Walaupun bakal beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Khalid Jamlus, Amri Yahyah, Nazrul Erwan dan Ellie Aiboy yang sedang bergelut dengan masalah kecederaan dan penggantungan, pengurusan Selangor tetap optimis skuad itu bakal layak ke Liga Super musim depan.
Meletakkan harapan tinggi pada barisan simpanan yang dianggap berpotensi untuk membantu kejayaan Selangor pada perlawanan menentang Brunei malam esok, pengurusan skuad juga menjanjikan imbuhan tertentu kepada pemain sekiranya mereka mampu menghasilkan keputusan positif.
“Kita akan memikirkan imbuhan terbaik yang akan diagihkan kepada pemain sekiranya Selangor layak ke saingan Liga Super musim depan,” kata Pengurus, Datuk Satim Diman.
Dalam perkembangan lain, Satim berkata, Selangor sedang menguji beberapa pemain import dari Brazil, Nigeria dan Cameroon untuk menghadapi saingan Piala Malaysia.