Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
17.07.05

Selangor hasrat kekal Bambang

Oleh: Malay Mail

Dengan 28 gol setakat ini termasuk sumbangan hattrick ketika bertemu Kelantan dalam suku akhir Piala FA 3 hari lalu, jelas penyerang dari Indonesia, Bambang Pamungkas adalah tunggak utama Selangor musim ini.

 

Tidak hairanlah apabila pengurus pasukan, Datuk Satim Diman menginginkan gar Bambang dikekalkan buat semusim lagi. Bamabng yang berusia 25 tahun bulan lepas terikat dengan kontak setahun bersama Selangor tetapi Datuk Satim ingin melanjutkan kontrak beliau.

 

"Bambang merupakan senjata utama kita musim ini. Sudah pasti kita juga menghargai sumbangan penyerang lain namun kehadiran Bambang cukup untuk menimbulkan kegerunan pertahanan lawan.

 

"Kita berhasrat untuk melanjutkan kontrak beliau". kata Satim.

 

Datuk Satim turut membayangkan hasrat untuk memikat rakan sepasukan Bambang dalam skuad Indonesia, ketua pasukan Ponaryo Astaman dan orang besi midfield, Syamsul Bachri untuk memperkuatkan skuad gergasi Merah musim hadapan.

 

"Mereka berada dalam senarai pembelian kita walaupun saya akui barisan tengah kita sudah cukup kuat. posisi yang perlu diberi perhatian adalah barisan pertahanan namun tidak salah jika kita membina barisan tengah dan serangan paling berbisa di negara ini musim hadapan."