08.07.05
Selangor kaut RM1.3 juta
Oleh: The Star
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilaporkan telah berjaya mengutip sebanyak RM1.3 juta hasil dari kutipan tiket dari 10 perlawanan Liga Perdana musim ini.
Bendahari FAS, S Sivasundram berkata kutipan kali ini hampir 5 kali ganda lebih banyak berbanding sejumlah RM360 000 yang dikutip dari 16 perlawanan tahun lalu.
"Sudah lama, hampir 10 tahun lamanya kita berjaya menarik jumlah kehadiran yang tinggi."
"Malah satu masa dahulu, kita berjaya mengutip hampir RM4 juta setahun. Kehadiran penonton yang tinggi pada tahun ini disebabkan pembelian pemain yang baik, seterusnya membantu Selangor kembali ke Liga Super."
Sivasundram menambah, purata kehadiran penonton di Stadium Shah Alam adalah seramai 20 000 orang.