Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
01.08.05

MK Land di Shah Alam!

 

Kempen Piala Malaysia Selangor bermula dengan langkah kanan apabila perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang MK Land 6 Ogos ini yang dijadualkan berlangusng di Stadium Selayang dipindahkan ke Stadium Shah Alam.

 

Pemangku jurulatih MK Land Michael Palani mengesahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberikan lampu hijau untuk pertukaran gelanggang berikutan jangkaan penonton yang ramai.

 

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pertukaran gelanggang ini." Kata Michael.

 

"Kami menjangkakan kehadiran penonton yang besar untuk perlawanan ini terutama penyokong Selangor. Tambahan pula setelah mereka berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana." kata Michael lagi.

 

Bagi menghadapi kempen Piala Malaysia kali ini, MK Land telah mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa India, Bhaichung Bhutia dan meminjam Titus James yang akan beraksi di peringkat saingan awal sebelum Titus menghadiri pemilihan pemain di Eropah pertengahan Ogos nanti.

 

Turut sama memperkuatkan MK Land adalah pemain pinjaman tempatan iaitu tiga dari TNB Kelantan, Sani Fahmi, Mohd Shawal Johadi dan Mohd Armin Shariff serta Azni Ariffin (Melaka).