Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
09.08.05

Saya tidak bersalah - Sanba

Oleh: The Star

K Sanbagamaran

Pemain midfield berpengalaman K Sanbagamaran mendakwa pengadil Ibrahim Mohd telah melakukan kesilapan kerana melayangkan kad merah kepadanya dalam perlawanan menentang MK Land Ahad lepas.

 

Bekas pemain kebangsaan itu diarahkan keluar padang setelah insiden pemain Shawal Johadi ditumbuk pada minit ke 76.

 

"Saya tidak berbuat apa-apa. Secara kebetulan saya berada berhampiran dengan pemain tersebut," kata Sanbagamaran kepada wartawan The Star.