21.09.05
34 000 tiket untuk Selangor
Oleh: Berita Harian
Selangor dan Perak diperuntukkan jumlah tiket yang sama banyak untuk penyokong masing-masing bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Bendahari Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) S Sivasundram berkata, daripada 34,000 tiket yang diterima dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), 7,000 adalah tempat duduk grandstand berharga RM30 setiap satu manakala 27,000 lagi untuk tempat duduk biasa berharga RM15.
"Kami akan buka kaunter jualan mulai esok (hari ini) dari jam 10 pagi hingga 7 malam di Stadium Shah Alam, dan jualannya akan diteruskan sehingga ia habis dijual," katanya.
Perak adalah juara bertahan manakala Selangor yang turut melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu malam dengan agregat 4-2 malam tadi, pernah memenangi Piala FA pada tahun 2001.
Tahun lalu, Perak menewaskan Terengganu 3-0 selepas masa tambahan untuk muncul juara manakal Selangor menewaskan Sarawak pada perlawanan akhir 2001.