21.09.05
Haris dan Razman dipanggil ke skuad B-23
Dua pemain Selangor, penyerang Haris Safwan Kamal dan pertahanan Mohd Razman Roslan dipanggil menyertai skuad Bawah 23 Tahun Malaysia sebagai persediaan menghadapi Sukan Sea Disember ini.
Haris dan Razman akan menyertai skuad bawah kendalian jurulatih sementara Nasir Yusof ini minggu hadapan selepas tamat cabaran Piala FA dan Piala Malaysia.
Skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pilihan Melaka di Stadium Hang Jebat, Ahad ini.
BARISAN PEMAIN BAWAH 23 TAHUN NEGARA
S Sathiakumaran (Perak Jenderata), K Linggam (Melaka), Sumardi Hajalan (Sabah), Azlan Ismail (Kelantan), Mohd Haris Safwan Kamal (Selangor), Zairo Anuar Zalani (Terenggganu), Mohd Al-Hafiz Hamzah (Kedah), Ahmad Fauzi Saari (Kedah), Mohd Remezey Che Ros (PDRM), Saiful Amar Sudar (Kuala Lumpur), Ronny Harun (Sabah), Mat Saiful Mohamad (Pulau Pinang), Hairul Izuan Abdul Rani (Perak), Anis Faron Ahmad Arsidi (Perlis), Amir Shahreen Mubin (Public Bank), Mohd Razman Roslan (Selangor), R Surendran (Perak), K Puvinderan (NTFA), Azi Shahril Azmi (Perlis), Mohd Aslam Najamudeen (MPPJ), Mohd Safee Sali (Kuala Lumpur), Rudie Ramli (PKNS), Mohd Nor Ismail (Perak), Ahmad Azlan Zainal (Perak), Mohd Fadzli Saari (Pahang), Mohd Zulkifli Yusof (Pahang).