Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
20.09.05

Tiket final Piala FA dijual Rabu

 

Tiket untuk perlawanan akhir Piala FA di antara Selangor dan Perak Sabtu ini akan mula dijual di pintu masuk Stadium Shah Alam, Rabu ini.

 

Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin berkata, tiket berharga RM15 dan RM30 akan dijual mulai jam 10 pagi hingga 7 petang.

 

Penyokong Selangor yang mahu menyaksikan perlawanan itu boleh mula membelinya kerana ia terhad dan dijual atas dasar siapa cepat dia dapat, katanya.