23.09.05
Tiket RM15 ditambah
Oleh: Berita Harian
Penyokong yang gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Perak di Stadium Shah Alam esok masih berpeluang mendapatkannya apabila tambahan 13,000 tiket berharga RM15 diberikan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Tambahan itu yang diambil daripada lebihan jualan di Perak akan dijual bersama-sama 5,000 lagi tiket grandstand berharga RM30 di Stadium Shah Alam mulai jam 10 pagi hingga 7 malam ini.
Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin berkata lebihan tiket itu diberikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan sambutan hangat penonton di Lembah Kelang yang ingin menyaksikan perlawanan itu hingga 29,000 tiket daripada peruntukan asal 34,000 yang kebanyakannya berharga RM15 sudah habis dijual setakat ini.
"Orang ramai yang ingin membeli tiket dinasihatkan segera mendapatkannya kerana jualan tiket di Stadium Shah Alam begitu laris," katanya.