Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
19.11.05

Marconi Stallions 4 Selangor 1

Oleh: pippo

Selangor menamatkan siri perlawanan persahabatan di Austalia dengan kekalahan apabila tumpas di tangan pasukan Liga Perdana New South Wales, Marconi Stallions 4-1 di Stadium Marconi malam tadi.

 

Selangor mendahului seawal minit ke 10 jaringan sayap kiri lincah Elie Aiboy. Ini adalah merupakan gol kedua Elie di Australia selepas beliau menjaringkan gol kemenangan menentang Hajduk Wanderers tiga hari lalu.

 

Namun menjelang tamat separuh masa pertama, Marconi telah mendahului Selangor dengan 3-1 hasil jaringan Jay Lucas, Simon Catanzaro dan Tony Faria.

 

Marconi menambah satu lagi jaringan pada separuh masa kedua menerusi Bruce Djtie.

 

Siri perlawanan persahabatan di Australia menyaksikan Selangor menang sekali (1-0 Hajduk Wanderers) dan kalah dua kali (2-3 Fawkner-Whittlesea Blues dan 1-4 Marconi Staliions).