Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
02.12.05

Dari padang latihan 1 Disember

Oleh: misai117

Tepat jam 5.00 petang, para pemain Selangor dilihat sudah mula masuk ke padang untuk memanaskan badan.

 

Dalam masa yang sama, Jamsari Sabian dan Shahrizan Ismail serta disertai 3 penjaga gol skuad Piala Presiden menjalani latihan penjaga gol di bawah kendalian Jurulatih Penjaga Gol, Rashid Hassan dan pembantunya, Azlisham Ibrahim.

 

S.Sivaram dan Nazzab Hidzan tidak kelihatan sementara Brian Fuentes akan tiba di KLIA awal pagi esok (Jumaat).

 

Selesai 30 minit memanaskan badan, para pemain mula membentuk dua pasukan untuk berlawan sesama mereka atas arahan Penolong Jurulatih, Mohamad Razali bin Alias dan Mohd Rosedy bin Mohd Nadzir. Ketua Jurulatih, Dollah Salleh tidak hadir.

 

Latihan hari ini begitu ceria dengan gelak ketawa di kalangan semua pemain, menunjukkan betapa skuad Selangor berada dalam keadaan bersedia menghadapi cabaran Perak dalam perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah, Sabtu ini.

 

Latihan tamat kira-kira jam 6.30 petang dan pada sebelah malam, kesemua pemain dan pegawai pasukan menghadiri majlis rumah terbuka Penolong Pengurus Pasukan Selangor, Faizal bin Hj Abdullah. Sebelum bertolak ke rumah terbuka tersebut, para pemain sempat menyambut ulangtahun kelahiran Penolong Jurulatih, Mohd Rosedy bin Mohd Nadzir di sebuah restoran bersebelahan padang latihan.

 

Esok (Jumaat), pasukan Selangor akan mengadakan latihan terakhir di Padang Wisma FAS. Skuad Selangor sudah menguji padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam sesi latihan pada hari Rabu yang lepas.