Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
11.12.05

Pahang 1 Selangor 3 (Liga Super)

Oleh: misai117

Selangor berjaya bangkit daripada kekalahan minggu lepas apabila menewaskan Pahang 3-1 dalam perlawanan kedua TM Liga Super 2005/06 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

 

Pahang selaku tuan rumah turun tanpa ketua pasukan, Rosdi Talib dan Norhafiz Zamani Misbah mengambil alih tugas tersebut. Selangor pula merehatkan Khalid Jamlus dan K.Rajan dalam kesebelasan utama mereka dan digantikan oleh Brian Fuentes dan Amri Yahyah.

 

Selangor tidak menunggu lama apabila pada minit ke-15, sepakan percuma yang diambil dari sebelah kanan oleh D.Surendran melambung tinggi masuk ke dalam kotak penalti Pahang. Bambang Pamungkas yang tidak dikawal terus meluru masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan satu rembatan deras yang sama sekali gagal diselamatkan penjaga gol Pahang, Iqbal Suhaimi.

 

Pada minit ke-34, Selangor terus mengukuhkan kedudukan apabila K.Sanbagamaran berjaya menanduk masuk bola sepakan penjuru dari sebelah kanan yang diambil oleh Elie Aiboy untuk kedudukan berubah menjadi 2-0.

 

Namun, Selangor sedikit tersentak apabila penjaga gol, Jamsari Sabian mengalami kecederaan setelah bertembung dengan penyerang Pahang, Bernard Tchoutang pada minit ke-44. Shahrizan Ismail dibawa masuk bagi menggantikan Jamsari Sabian.

 

Tamat separuh masa pertama, kedudukan memihak kepada Selangor 2-0.

 

Babak kedua dimulakan, Selangor memburu gol ketiga sementara Pahang cuba merapatkan jurang gol.

 

Namun, Pahang yang lebih dahulu menggegarkan jaring gol Selangor apabila gerakan satu dua antara Azizul Kamaludin dan Bernard Tchoutang berjaya melepasi pertahanan tengah Selangor dan Azizul Kamaludin merembat terus ke penjuru gol Selangor dan hanya mampu ditepis sipi oleh Shahrizan Ismail pada minit ke-49.

 

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor menggandakan asakan dan berjaya menggegarkan pintu gol Pahang. Amri Yahyah merembat deras dari luar kotak penalti, bola muntah dari dakapan penjaga gol Pahang dan Brian Fuentes berjaya menolak masuk ke dalam gol. Namun, pengadil membatalkan jaringan tersebut kerana offside.

 

Pada minit ke-75, Brian Fuentes menebus kekecewaannya apabila merembat masuk hantaran daripada Shukor Adan untuk kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

 

SELANGOR: 1-JAMSARI SABIAN (22-SHAHRIZAN ISMAIL), 19-D SURENDRAN, 2-AHMAD THARMINI SAIBAN, 5-NAZRUL ERWAN, 15-P GUNALAN, 8-ELIE AIBOY, 25-SHUKOR ADAN, 12-K SANBAGAMARAN, 10-BRIAN FUENTES (23-KHALID JAMLUS), 17-AMRI YAHYAH (24-K RAJAN), 20-BAMBANG PAMUNGKAS.