Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
07.01.06

Bukan masalah habuan

Oleh: Harian Metro

"Semuanya sudah dijelaskan kepada pemain. Kita tidak berhutang satu sen pun kepada mereka," kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Hamidin Md Amin, mengenai dakwaan persatuan itu gagal menunaikan janji memberi habuan lebih besar kepada pemain selepas memenangi tiga piala musim lalu.

Hamidin berkata, masalah pembayaran imbuhan selepas memenangi Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Perdana, tidak timbul kerana ia dibayar kepada pemain seepas tamat saingan Liga M musim lalu.

"Pemain sendiri menafikan bahawa mereka tidak menerima imbuhan sebagaimana janji FAS sebelum ini.

"Presiden FAS, Datuk Seri Dr Khir Toyo sudah menunikn janjinya kepada pemain dan masalah ini sebenarnya tidak timbul langsung," katanya kepada Arena Metro semalam.

Katanya, tiada sebarang masalah dalaman yang menimpa skuad Gergasi Merah itu biarpun mereka tewas empat daripada lima perlawanan setakat ini.

"Apabila kita tewas empat perlawanan, banyak andaian wujud mengenai punca kekalahan ini.

"Kita tidak mahu andaian ini diperbesarkan kerana ia sebenarnya memberi kesan kepada pemain sendiri," katanya.

Hamidin berkata, dalam pertemuan dengan pengurus pasukan, Datuk Satim Diman, selasa lalu, pemain berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka dan mencatat kemenangan dalam perlawanan menentang Telekom Melaka, hari ni.