Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
16.02.06

Johor FC 4 Selangor 2 (Piala Presiden)

 

SELANGOR gagal mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan TM Piala Presiden 2005/06 apabila tewas 2-4 kepada Johor FC di Stadium J-Corp petang tadi.

 

Gol-gol pasukan Selangor dijaringkan pemain penyerang, Abdul Hadi Yahya dan pemain sayap kiri, Adib Aizuddin Ab Latif.

 

Selepas empat perlawanan, Selangor berjaya mengumpul 9 mata hasil 3 kemenangan dan 1 kekalahan. Perlawanan kelima pada Khamis depan bakal menyaksikan Selangor menanti kunjungan pasukan Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil.