Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
02.02.06

Selangor 3 Pulau Pinang 0 (Piala Presiden)

Oleh: misai117

Skuad muda Selangor berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila menumpaskan Pulau Pinang 3-0 dalam perlawanan kedua TM Piala Presiden 2005/06 di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang tadi.

 

Pada perlawanan pertama Khamis lalu (26/1/2006), Selangor berjaya menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Sarawak, Kuching.

 

Selangor menurunkan Syed Adney Syed Hussein selaku penjaga gol, barisan pertahanan diterajui oleh Fahrul Nizwan Nasir (kanan), Abd Ghani Abd Rahman (tengah), Mohd Nasriq Baharom (tengah) dan Mohd Aizulridzwan Razali (kiri). Barisan tengah pula menggandingkan Mohd Amirul Hadi Zainal (kanan), Safiq Rahim (tengah), Mohd Fazilidin Khalid (tengah) dan Mohd Azraruddin Putra Omar (kiri) manakala barisan serangan dikemudi Choi Woh Seng dan S.Sritharan.

 

Seawal minit ke-2, Selangor sudah berjaya mendahului Pulau Pinang hasil jaringan S.Sritharan yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Pulau Pinang, Mohd Fazli Rodzi.

 

Selepas jaringan tersebut, Selangor terus menguasai permainan dan Pulau Pinang hanya berupaya melakukan satu percubaan ke arah kubu Selangor kawalan Syed Adney Syed Hussein.

 

Pada minit ke-25, penyerang Selangor, Choi Woh Seng terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan jurulatih Selangor, Talib Sulaiman memasukkan M.Naveen.

 

Tamat separuh masa pertama, kedudukan kekal 1-0.

 

Seawal babak kedua, Pulau Pinang nyaris menyamakan kedudukan apabila hantaran lintang pemain sayap Pulau Pinang terkena pemain pertahanan Selangor dan nyaris mengelirukan Syed Adney Syed Hussein, namun beliau berjaya menepis keluar bola tersebut.

 

Selangor kemudiannya terus mengukuhkan kedudukan apabila pemain gantian, R.Tharumaraja berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-60. Gol tersebut hadir hanya selepas dua minit beliau masuk menggantikan Mohd Fazilidin Khalid.

 

Pada masa kecederaan, Mohd Amirul Hadi Zainal berjaya menambah derita Pulau Pinang apabila rembatan beliau dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Pulau Pinang untuk gol ketiga Selangor.

 

Kedudukan muktamad, Selangor menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 3-0.

 

SELANGOR: 1- Syed Adney Syed Hussein, 24- Fahrul Nizwan Nasir, 3- Abd Ghani Abd Rahman (KAPTEN), 4-Mohd Nasriq Baharom (17- Mohd Zaiza Zainal Abidin), 5- Mohd Aizulridzwan Razali, 25- Mohd Amirul Hadi Zainal, 7- Safiq Rahim, 20- Mohd Fazilidin Khalid (16- R.Tharumaraja), 23- Mohd Azraruddin Putra Omar, 11- Choi Woh Seng (2-M.Naveen), 19- S.Sritharan.

 

Pengadil: R.Muniandy (KUALA LUMPUR)