Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
07.02.06

Selangor lawan MPSJ di Bukit Jalil (Piala FA)

Oleh: misai117

SELANGOR akan memulakan saingan TM Piala FA 2005/06 dengan bertemu pasukan kelab, MPSJ Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok (Rabu).

 

Perlawanan pertama malam esok, MPSJ akan menjadi tuan rumah sementara pertemuan kedua pada 1 Mac depan Selangor pula akan menjadi tuan rumah.

 

Walaubagaimanapun, kedua-dua aksi ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil kerana Kompleks Sukan MPSJ di Subang Jaya tidak mempunyai kemudahan tempat duduk penonton yang mencukupi dan kadar pencahayaan lampu limpah di kompleks berkenaan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan FAM.

 

 

PERLAWANAN PERTAMA, PUSINGAN PERTAMA TM PIALA FA 2005/06:

 

Rabu, 8 Februari 2006

 

MPSJ lawan SELANGOR

8.45 malam

Stadium Nasional, Bukit Jalil

 

 

PERLAWANAN KEDUA, PUSINGAN PERTAMA TM PIALA FA 2005/06:

 

Rabu, 1 Mac 2006

 

SELANGOR lawan MPSJ

8.45 malam

Stadium Nasional, Bukit Jalil

 

 

Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita ini.

 

+ Tertakluk kepada pindaan akhir FAM