Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
13.02.06

Selangor uji Woodlands Wellington FC

 

SELANGOR menggunakan kesempatan rehat dua minggu ini untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Singapura, Woodlands Wellington pada hari Isnin depan sebagai persiapan menghadapi saingan Piala AFC 2006 yang bakal bermula awal Mac depan.

 

Pasukan Woodlands Wellington membariskan pemain-pemain seperti Daniel Bennett dan Jonathon Angelucci (bekas pemain import Johor FC).

 

Perlawanan ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kekuatan pasukan kelab dari Singapura sebelum aksi pertama Piala AFC 2006 menentang sebuah lagi kelab dari Singapura iaitu Tampines Rovers di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 Mac 2006.

 

 

PERLAWANAN PERSAHABATAN:

Isnin, 20 Februari 2006

 

SELANGOR lwn WOODLANDS WELLINGTON

 

Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

8.00 malam

 

 

+ TERTAKLUK KEPADA PINDAAN AKHIR FAS