Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
21.03.06

Hurriya 1 Selangor 3 (Piala AFC)

 

SELANGOR mencatat kemenangan kedua dalam saingan Piala AFC 2006 selepas menewaskan kelab dari Maldives, Hurriya 3-1 di gelanggang lawan malam tadi (Selasa).

 

Gol pertama Selangor berpunca daripada sepakan penalti Brian Fuentes pada minit ke-29 selepas beliau ditolak pemain lawan.

 

Pemain gantian, Amri Yahyah menambah jaringan Selangor pada minit ke-63 menerusi satu penyudahan yang menarik.

 

Bambang Pamungkas menambah derita lawan apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-68.

 

Selepas itu Selangor menggendurkan asakan dan mengeluarkan Bambang serta Sanbagamaran bagi memberi peluang kepada Khalid Jamlus dan Nazzab Hidzan beraksi.

 

Hurriya mendapat gol saguhati menerusi ketua pasukannya, Mausoom pada minit ke-90 untuk kedudukan muktamad Selangor menang 3-1.

 

 

Kesebelasan utama:

JAMSARI, THARMINI, SAIFUL, ELIE, WAN ROHAIMI, B.FUENTES, SANBA, SURENDRAN, BAMBANG, K.RAJAN, SHUKOR.

Simpanan:
FADHIL, NAZRUL, NAZZAB, MONTANA, AMRI, SHAHRIZAN, KHALID