Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
15.03.06

Pahang 1 Selangor 0 (Piala FA P2 L1)

 

SELANGOR tewas lagi. Kali ini dalam perlawanan pertama, pusingan kedua TM Piala FA 2005/06, Pahang berjaya menewaskan juara bertahan itu dengan keputusan 1-0 di Stadium Darulmakmur, malam tadi.

 

Gol tunggal Pahang dijaringkan oleh pemain import, Josian Seton pada minit ke-80 untuk dijadikan bekalan pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mac depan.

 

Sementara itu, untuk saingan TM Liga Super, perlawanan di antara Selangor menentang TM Melaka yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini dipercepatkan satu hari bagi memberi rehat secukupnya buat Selangor yang akan bertandang ke Maldives untuk saingan Piala AFC Selasa depan.

 

Perlawanan Selangor menentang TM Melaka akan berlangsung Jumaat ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8.45 malam.