16.03.06
Perak 1 Selangor 1 (Piala Presiden)
Oleh: misai117
JARINGAN lewat menerusi M.Naveen berjaya menyelamatkan skuad Piala Presiden Selangor daripada tewas dalam pertemuan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh petang tadi (Khamis) apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Perak terlebih dahulu berada di hadapan apabila mendahului 1-0 dan peluang Selangor semakin tipis setelah pemain pertahanan, Mohd Nasriq Baharom dilayangkan kad merah kerana mengkasari pemain lawan pada babak kedua.
Namun, di minit-minit akhir permainan, M.Naveen muncul wira pasukan Selangor apabila berjaya menyumbat masuk gol penyamaan untuk Selangor pulang dengan satu mata.
Selepas lapan perlawanan, Selangor menang enam, seri sekali dan kalah sekali bagi mengumpul 19 mata setakat ini.
Perlawanan ke-9 dan terakhir untuk pusingan pertama bagi pasukan Selangor akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis depan dengan Selangor bertemu TM Melaka.
SELEPAS 8 PERLAWANAN:
Selangor 19 mata
Perak 11 mata