Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
02.03.06

Piala FA: Selangor mara, Junior menang lagi

Oleh: misai117

SELANGOR mara ke pusingan kedua TM Piala FA 2005/06 meskipun hanya mampu seri 1-1 dengan MPSJ dalam perlawanan kedua, pusingan pertama di Stadium Nasional, malam semalam (Rabu).

 

Selangor mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Brian Fuentes sebelum MPSJ menyamakan kedudukan pada masa kecederaan selepas tamat 90 minit.

 

Perlawanan berlangsung hambar kerana Selangor sudah mempunyai bekalan empat gol selepas menang 4-0 dalam perlawanan pertama. Selangor layak dengan agreget 5-1.

 

 

SEMENTARA itu, skuad Piala Presiden Selangor terus cemerlang apabila menang 2-0 dalam perlawanan ke-6 menentang Perlis di Stadium Utama, Kangar petang tadi (Khamis).

 

Gol-gol Selangor dijaringkan oleh Choi Woh Seng dan Abdul Hadi Yahya.

 

Selepas enam perlawanan, Selangor hanya tewas satu perlawanan dan telah mengumpul 15 mata setakat ini.

 

Khamis depan, Selangor akan menentang Tentera di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 

 

DALAM pada itu, pengasas laman web selangorFC.com, Amir Sharifuddin Samad (gambar atas) telah diundang sebagai tetamu bagi rancangan Shebby On The Line di Astro Ria sebentar tadi.

 

Amir atau lebih dikenali sebagai Pippo ditemuramah antara 10.53 - 11.00 malam tadi (Khamis) untuk memperkatakan tentang persiapan pasukan Selangor bagi menentang Pulau Pinang E&O, Sabtu ini.