Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
24.03.06

Selangor 0 TM Melaka 0 (Piala Presiden)

Oleh: misai117

SKUAD Piala Presiden Selangor terlepas tiga mata penting sesudah hanya mampu seri tanpa jaringan dengan TM Melaka di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi (Khamis).

 

Turun tanpa ketua pasukan, Ghani Rahman dan Nasriq Baharum, benteng Selangor dikemudi Zaiza Zainal dan Fairuz Aziz.

 

Selangor menguasai sebahagian besar perlawanan, namun kesemua percubaan sipi dari pintu gol TM Melaka.

 

Amirul Hadi Zainal terlepas dua peluang keemasan di hadapan pintu gol, sementara kemasukan Choi Woh Seng gagal membantu jentera serangan yang dikepalai Hadi Yahya dan Sritharan untuk menjaringkan gol.

 

TM Melaka pula nyaris mendapat gol menerusi serangan balas hasil kesilapan pertahanan Selangor. Mujur penjaga gol, Syed Adney berjaya melayangkan badan menyelamatkan percubaan itu.

 

Tamat perlawanan, Selangor dan TM Melaka terikat 0-0.