Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
08.03.06

Selangor 1 Tampines Rovers 0 (Piala AFC)

Oleh: misai117

SELANGOR berjaya menamatkan badi lima kekalahan berturut-turut dalam saingan TM Liga Super apabila berjaya menewaskan Tampines Rovers 1-0 dalam perlawanan pertama Piala AFC 2006 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

 

Gol kemenangan Selangor dijaringkan oleh Brian Fuentes pada minit ke-11 selepas beliau berjaya menggelecek penjaga gol lawan sebelum mudah menolak bola ke gawang.

 

Selepas gol tersebut, Selangor mula menggendurkan asakan dan banyak melepaskan peluang yang terhidang.

 

Amri Yahyah hampir menambah jaringan tuan rumah apabila sepakan lambungnya dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol lawan.

 

Tamat separuh masa pertama, Selangor mendahului 1-0.

 

Babak kedua bermula tanpa pertukaran dari kedua-dua pasukan.

 

Selangor membuat pertukaran pertama pada minit ke-52 dengan memasukkan Elie Aiboy bagi menggantikan Amri Yahyah yang kurang berkesan di bahagian midfield.

 

Meskipun Selangor menguasai perlawanan, Tampines sesekali membuat serangan balas namun kecekapan Shahrizan Ismail berjaya menidakkan segala percubaan lawan.

 

Minit-minit terakhir, Bambang Pamungkas yang melepasi perangkap offside nyaris menghadiahkan gol kedua buat Selangor, namun rembatannya berjaya didakap kemas penjaga gol lawan.

 

Selepas itu, ketika dalam waktu kecederaan itu juga, Tampines nyaris membuatkan Selangor menggigit jari. Menerusi serangan balas, rembatan dari dalam kotak penalti oleh penyerang mereka berjaya ditepis keluar oleh Shahrizan Ismail.

 

Tamat perlawanan, Selangor berjaya mengutip 3 mata penuh dengan kemenangan tipis 1-0.

 

Beberapa pemain seperti Amri Yahyah, D.Surendran, Razman Roslan dan Shukor Adan gagal menunjukkan aksi yang membanggakan.

 

 

SELANGOR:

 

22-Shahrizan, 2-Tharmini, 5-Nazrul, 9-Rohaimi, 3-Razman, 19-Surendran (4-Fadhil), 25-Shukor, 17-Amri (8-Elie), 10-Fuentes, 23-Khalid (24-Rajan), 20-Bambang.