30.03.06
Selangor 2 Pahang 2 (Piala FA P2 L2)
Oleh: misai11
KETUA pasukan Selangor malam tadi, K.Sanbagamaran membantu Pahang melangkah ke suku akhir TM Piala FA 2005/06 setelah dua kesilapan bahagian tengah yang dikemudinya membolehkan pasukan lawan itu layak dengan agreget 3-2 setelah kedua-dua pasukan seri 2-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu malam.
Gol pertama Pahang hadir apabila Sanba dan Nazzab berebut sesama sendiri untuk menanduk bola di kawasan tengah dan kedua-duanya gagal menyebabkan bola dirampas pemain lawan dan Bernard Tchoutang berjaya melarikan bola dan seterusnya menewaskan Jamsari Sabian pada minit ke-22.
Di penghujung babak pertama, Selangor kembali bernafas apabila sepakan percuma Nazzab hanya mampu ditepis penjaga gol Pahang, Iqbal Suhaimi dan Bambang dengan tenang menolak masuk untuk kedudukan 1-1.
Babak kedua bermula, permainan Selangor terus hambar di mana K.Rajan, Amri Yahyah, Nazzab dan Sanba gagal menggerakkan jentera serangan tuan rumah.
Pahang terus selesa pada minit ke-71 menerusi serangan balas hasil kesilapan Sanba yang menyaksikan Indraputra Mahyuddin berjaya merembat deras dari luar kotak penalti menewaskan Jamsari.
Dollah Salleh yang sentiasa kering idea hanya memasukkan Montana pada 12 minit terakhir dan Khalid pada lima minit terakhir, meyaksikan tiada apa yang mampu dilakukan mereka berdua kerana kesuntukan masa.
Pada masa kecederaan, Selangor dihadiahkan sepakan penalti dan Bambang mudah menyempurnakannya tetapi kedudukan seri 2-2 menyaksikan Selangor gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenanginya musim lalu.
SELANGOR:
1-Jamsari, 6-Saiful, 9-Rohaimi, 16-Cheikh Ba, 19-Surendran, 7-Nazzab (11-Montana), 12-Sanba, 8-Elie (23-Khalid), 24-Rajan (15-Gunalan), 17-Amri, 20-Bambang.
PASUKAN-PASUKAN YANG LAYAK KE SUKU AKHIR PIALA FA:
1- Pahang
2- Perak
3- NTFA
4- Sarawak
5- NS Naza
6- Perlis
7- Terengganu
8- Singapura Bawah 23