Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
16.05.06

Selangor 1 Hurriya 0 (Piala AFC)

Oleh: pippo

Selangor mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004 setelah membenam cabaran kelab Maldives, Hurriya 1-0 di Stadium PBKL Cheras malam tadi.

Gol tunggal dari pemain veteran, K Sanbagamaran sudah cukup untuk melayakkan Selangor ke peringkat suku akhir sebagai pasukan tangga kedua terbaik dari Kumpulan E dan F.

Kemenangan ini memberikan Selangor 15 mata, sama dengan juara kumpulan Tampines Rovers dari Singapura yang layak secara automatik berdasarkan perbezaan jaringan yang lebih baik. Hurriya menamatkan cabaran dengan mengumpul 1 mata di belakang Happy Valley dari Hong Kong (4 mata).

Sedikit mengecewakan apabila kelayakan Selangor menidakkan satu lagi wakil Malaysia, Perlis yang juga muncul naib juara kumpulan E tetapi hanya mengumpul 11 mata. Ini berikutan keputusan Jawatankuasa Pertandingan AFC yang menetapkan bahawa hanya satu pasukan tempat kedua terbaik dari Kumpulan A, B, D dan satu lagi pasukan tempat kedua terbaik dari Kumpulan E dan F akan mengiringi enam juara kumpulan ke peringkat seterusnya.

Perlawanan ini yang merupakan perlawanan terakhir bagi penyerang Selangor dari Argentina, Brian Fuentes menyaksikan Selangor bermula garang dengan menyerang bertubi-tubi ke kubu pasukan pelawat sebelum perlawanan bertukar menjadi bosan dan lembab setelah 15 minit berlalu.

Nyata Fuentes gagal menunjukkan sebarang impak dan hanya gol tandukan Sanbagamaran pada minit ke 27 hasil sepakan sudut emisahkan kedua-dua pasukan.

Selangor: Syed Adney Syed Hussain, Ahmad Tharmini Saiban (Amri Yahyah), Wan Rohaimi Ismail, Razman Roslan (D Surendran), P Gunalan, Saifu Nizam Hussin, Shukor Adan, K Sanbagamaran, K Rajan (Nazzab Hidzan), Brian Fuentes, Bambang Pamungkas.