09.07.06
Piala Malaysia: Terengganu 2 Selangor 1
Oleh: Berita Harian
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua jaringan awal tuan rumah membolehkan Terengganu menundukkan juara bertahan Selangor 2-1 dan mengukuhkan barisan Yunus Aliff di tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata.
Di depan penyokong sendiri yang hampir memenuhi ruang tempat duduk, Terengganu membuka tirai jaringan seawal minit kedua apabila rembatan leret dari luar kotak penalti Zairo Anuar Zailani menewaskan penjaga gol pinjaman Selangor, Saiful Amar Sudar sebelum Norfarhan menggegar gawang sekali lagi lapan minit kemudian selepas hantaran baik dengan Andrew Luis Vieira.
Selangor merapatkan jurang apabila ketua pasukan, Shukor Adan yang mendapat hantaran lambung Bambang Pamungkas menyudahkan rembatan minit ke-33.