Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
12.07.06

Selangor di ambang kejatuhan?

Oleh: Utusan Malaysia

Penyandang juara, Selangor hampir pasti akan kehilangan kejuaraan ketiga yang disandang musim lalu dengan permulaan buruk apabila tewas dalam dua perlawanan pembukaan Piala Malaysia.

Bukan setakat terlepas gelaran yang disandang, lebih pasrah kemungkinan besar Selangor turut tersisih untuk mengisi tempat ke suku akhir.

Dua kekalahan menyaksikan penyandang juara menduduki tangga tercorot Kumpulan A ketika saingan didominasi oleh NS Naza dan Terengganu.

Apa sudah jadi dengan Selangor? Itulah persoalan yang timbul melihat aksi hambar seperti yang berlaku di awal musim Liga Super menyaksikan Merah Kuning terpelosok di tangga terbawah liga.

Kehadiran bekas bintang Real Madrid, Perica Ognjenovic langsung tidak memberi sebarang impak untuk membantu kebangkitan Selangor yang tewas 1-0 kepada NS Naza dan 2-1 kepada Terengganu, Sabtu lepas.

Baki empat perlawanan yang tinggal perlu dimenangi oleh Selangor bermula dengan pertemuan dengan Sabah di tempat lawan, Sabtu ini.

Dua saingan utama, Negeri Sembilan Naza dan Terengganu mengisi dua tempat tangga teratas Kumpulan A buat melayakkan mereka menempah tempat ke suku akhir.