Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
18.08.06

Shukor tidak khuatir

Oleh: Harian Metro

"Saya tidak khuatir beraksi bersama pemain muda kerana bola sepak adalah permainan berpasukan dan bukannya hanya tertumpu kepada seorang dua pemain sahaja.

"Apa yang penting sekali ialah semua pemain perlu bekerjasama dan berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan kerana hanya pasukan yang beraksi pada tahap terbaik mampu memenangi saingan itu," katanya kapten, Shukor Adan yang bakal bergandingan dengan skuad bawah 23 Selangor musim depan.

Shukor berkata, dia tetap yakin barisan muda Selangor mampu memberi saingan dalam Liga Super musim depan biarpun kurang pengalaman beraksi pada tahap tertinggi.

"Memang Selangor musim depan dibarisi pemain muda tetapi saya tetap yakin dengan kualiti yang mereka mampu pamerkan untuk membantu pasukan ini mencipta kejayaan dalam tempoh yang disasarkan pengurusan pasukan," katanya.

Dia antara empat pemain senior Merah Kuning yang dikekalkan pengurusan pasukan itu bersama-sama P Gunalan, Razman Roslan dan Fadhil Hashim.

Mengenai tekanan beraksi dengan pasukan yang mempunyai sejarah gemilang seperti Selangor, Shukor berkata pemain muda tidak perlu hiraukan perkara itu kerana perkara paling penting sekali ialah menunjukkan kemampuan sebenar.