05.09.06
Fuentes selesa di Zamora FC
Oleh: misai11
BEKAS pemain import Selangor dari Argentina, Brian Diego Fuentes kini selesa beraksi bersama kelab barunya di Venezuela, Zamora FC. Fuentes berjaya meledakkan gol pertamanya bersama Zamora ketika pasukannya itu mencatatkan kemenangan 2-1 dalam perlawanan liga divisyen 1 negara itu minggu lalu.
Biarpun mengetahui ramai yang mahu dia beraksi bersama kelab di Indonesia supaya para peminatnya di Selangor khususnya dapat melihat aksinya dengan lebih dekat, Fuentes berkata: " Buat masa ini, biarlah saya beraksi bersama Zamora FC. Lagipun saya baru menandatangani kontrak dengan pasukan itu. Mungkin selepas tamat kontrak, saya akan menimbang perkara tersebut," katanya menerusi kiriman emel baru-baru ini.
Fuentes turut mengirimkan dua keping gambar terbarunya ketika bersama Zamora FC untuk mengubat kerinduan para peminatnya di Malaysia.