Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
08.09.06

Malaysia U-20 1 Selangor 2 (Persahabatan)

Oleh: misai11

Selangor menewaskan skuad Bawah 20 Malaysia 2-1 di Padang FAM Kelana Jaya petang semalam. Perlawanan ini merupakan sebahagian dar persediaan skuad Merah Kuning sebelum menghadapi Al Nejmeh pada 12 September nanti.

Selangor bermula garang dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu anak buah K Rajagobal terutama dari sebelah kanan yang direncanakan oleh K Rajan namun gagal menemui gol disebabkan penyudah kurang berkesan dari Bambang dan Amri.

Skuad Malaysia bagaimanapun mengejutkan Selangor apabila dalam satu serangan balas pada minit ke 20, berjaya memperolehi sepakan penalti yang disempurnakan Aidil Zafuan.

Selepas mendapat gol barulah skuad negara mual beraksi dengan lebih teratur namun digagalkan kekentalan pertahanan pasukan pelawat. Tidak lama selepas itu, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol penyamaan apabila sepakan lambung jarak jauhnya memperdaya penjaga gol skuad negara.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1.

Dollah Salleh membuat pertukaran dengan memasukkan Elie Aiboy, D Surendran, Aiman Firdaus, Nazzab Hidzan, Razman Roslan dan S Sivaram. D Surendran kemudiannya menjaringkan gol kemenangan apabila hantaran yang cuba dilakukannya ke bahagian tengah menghala ke dalam gol sekaligus mengelirukan penjaga gol lawan.

Razman kemudiannya diarahkan keluar padang setelah membantah keputusan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti setelah Rajan dijatuhkan. Sebelum itu, terjahan keras Nazzab Hidzan terhadap seorang pemain negara mencetuskan perang mulut di anatara beliau dan Rajagobal namun berjaya ditenangkan pengadil.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1.   

SELANGOR: Shahrizan Ismail, Wan Rohaimi Ismail, Cheikh Ba, Ahmad Tharmini Saiban, Mohd Fadhil Hashim, K Sanbagamaran, Shukor Adan, K Rajan, P Gunalan, Amri Yahyah, Bambang Pamungkas.

Pemain Gantian: Elie Aiboy, D Surendran, Aiman Firdaus, Nazzab Hidzan, Razman Roslan dan S Sivaram