Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
26.10.06

FAS batal kejohanan empat penjuru

 

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mengambil keputusan membatalkan kejohanan empat penjuru melibatkan kelab-kelab dari Indonesia yang dijadualkan berlangsung bulan depan di Stadium Shah Alam berikutan kesuntukan masa.

Setiausaha Agung FAS, Hamidin Mohd Amin berkata FAS merancang kejohanan tersebut sebagai aksi pemanas badan skuad Merah Kuning sebelum bermulanya Liga Super pada 16 Disember.

"Kita tidak dapat menganjurkan kejohanan tersebut, sebagai alternatif kita akan mengadakan perlawanan persahabatan sama ada di Vietnam, Bangkok atau Jakarta," kata Hamidin kepada The Star Rabu lalu.