Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
19.10.06

Gergasi Merah buru Megat Amir

Oleh: Kosmo!

AKMAL Rizal Rakhli sudah ‘ditawan’ kini penjaga gol pula menjadi buruan Selangor.

Skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu dikatakan berminat mendapatkan khidmat bekas penjaga gol Kedah, Megat Amir Faisal.

Menurut sumber KOSMO!, penjaga gol yang berasal dari Pulau Pinang itu menjadi buruan terbaru skuad merah kuning kerana mereka kini ketiadaan penjaga gol berpengalaman selepas dua penjaga gol utama mereka musim lalu, Jamsari Sabian dan Shahrizan Ismail tidak lagi bersama pasukan itu.

Menjelang musim 2006/07, Selangor sebenarnya sudah men dapatkan dua penjaga gol baru iaitu Mohd. Anis Faron Ahmad Arsidi, 24, yang beraksi bersama Sabah musim lalu dan Zainurin Abdul Kadir, 22, adik kepada penjaga gol Negeri Sembilan Naza, Azizon Abdul Kadir tetapi mereka tetap memerlukan seorang lagi penjaga gol berpengalaman.

Justeru, khidmat penjaga gol berpengalaman dari utara yang berusia 28 tahun itu ditagih bagi memastikan gawang gol Selangor tidak mudah dibolosi lawan dalam saingan musim depan.

Kehadiran penjaga gol tersebut juga bakal menyaksikan tiada lagi tempat buat penjaga gol muda, Syed Adney Syed Hussein, 20, untuk berada dalam skuad Liga Super Selangor musim depan.

Adney yang pernah diturunkan dalam beberapa aksi bersama pasukan utama Selangor musim lalu dikhabarkan akan kekal bersama skuad Piala Presiden.

Penjaga gol dari utara itu pula dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada Anis Faron untuk menyarung jersi utama Selangor musim depan sambil Zainurin yang terpilih menerusi sesi pemilihan baru-baru ini dilihat masih mentah untuk meng galas tugas tersebut.

Anis Faron yang berasal dari Perak pernah beraksi untuk pasukan berstatus kelab, TKN Perak sebelum berhijrah ke Perlis dan Sabah pada musim lalu.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar terbaru itu, KOSMO! turut menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Hamidin Mohd. Amin dan beliau sendiri mengakui Selangor kini sedang mengadakan perbincangan dengan tiga orang pemain bagi posisi penjaga gol.

“Buat masa ini, kami masih belum membuat kata putus mengenai seorang penjaga gol yang akan dipilih itu kerana ada di antara mereka (calon-calon) sudah menandatangani me morandum persefahaman (MoU) dengan pasukan lain,” katanya.

Selangor sebenarnya berhasrat mengekalkan Shahrizan mu sim depan tetapi kelewatan pihak pengurusan membuat ta waran menyebabkan penjaga gol yang berasal dari Kelantan itu terlebih dahulu menerima lamaran untuk beraksi dengan Perlis. Jamsari pula dikhabarkan bakal bersama sebuah kelab yang bersaing dalam Liga FAM.

Dalam perkembangan lain, bekas penolong jurulatih MPPJ, Annuar Abu Bakar disebut-sebut bakal membarisi barisan kejurulatihan Selangor musim depan dengan diberikan peranan sebagai penolong jurulatih untuk membantu ketua jurulatih, Dollah Salleh.

Seorang lagi penolong jurulatih, Mohd Rosedy Mohd Nadzir dan jurulatih penjaga gol, Azlisham Ibrahim pula dikekalkan dalam barisan kejurulatihan musim depan sementara kontrak Mohamad Razali Alias dan Rashid Hassan tidak disambung.

Pemain Selangor sedang diberi cuti Hari Raya selama dua minggu selepas sesi latihan terakhir pada 13 Oktober lalu dan mereka hanya akan memulakan latihan pada 30 Oktober depan.