Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
22.10.06

Safee dan Akmal sertai Selangor

Oleh: The Star

Penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali akan menyarung jersi Selangor dalam musim Liga Super akan datang.

Bekas pemain Kuaa Lumpur berusia 22 tahun ini adalah penjaring tempatan tertinggi dengan 11 gol sewaktu mewakili Sarawak dalam Liga Perdana musim ini.

Namun Safee yang mengalami kecederaan ligamen di lutut kanannya sewaktu mewakili Sarawak belum bersedia untuk beraksi lagi. Ini adalah kerana beliau masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bulan lepas.

Ketua jurulatih Selangor Dollah Salleh mengesahkan bahawa pasukan Merah Kuning berjaya mendapatkan khidmat Safee untuk musim baru namun perlu bersabar menunggu Safee pulih.

"Dia pasti bersedia dalam masa beberapa bulan. Dengan masa yang secukupnya, Safee termasuk dalam perancangan kita." kata Dollah.

Safee mula beraksi untuk skuad kebangsaan dalam dua perlawanan persahabatan menentang New Zealand Feruari lalu. Malaysia tewas 0-1 dalam perlawanan pertama dan Safee menjaringkan gol tunggal ketika tewas 1-2 dalam perlawanan kedua.

Malah Safee berada dalam percaturan jurulatih kebangsaan Norizan Bakar untuk menghadapi Sukan Asia di Doha namun terpaksa diketepikan berikutan kecederaan yang dialami.

Selangor turut mendapatkan khidmat seorang lagi penyerang, Akmal Rizal rakhli yang juga masih mengalami kecederaan.

"Kita mengambil risiko dengan menandatangani keduadua pemain ini. Namun mereka terbukti cemerlang di masa lalu dan kita memberi peluang untuk mereka mengulangi kecemerlangan tersebut. Saya yakin mereka akan beraksi semula dalam beberapa bulan," kata Dollah.

Buat sementara waktu, Selangor akan menggunakan khidmat Amri Yahyah dan S Sritharan di barisan serangan, ujar beliau lagi.