12.10.06
Selangor 2 PDRM 1 (Persahabatan)
Selangor memulakan aksi perlawanan persahabatan pra-musim pertama dengan menundukkan PDRM 2-1 di Kompleks Sukan MPSJ malam tadi. Perlawanan pemanas badan yang bermula pada pukul 9.30 malam ini turut menyaksikan aksi pertama pemain yang baru ditandatangani, Mohd Anis Faron dan Zainurin Abdul Kadir.
Perlawanan ini dilangsungkan dengan format 3 separuh masa dengan setiap satu selama 30 minit. PDRM terlebih dahulu membuka jaringan di separuh masa kedua sebelum terpaksa bermain dengan 10 pemain setelah Yusri Yusof menerima kad kuning kedua.
Selangor memperkemaskan aksi di separuh masa ketiga dengan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Amri Yahyah dan pemain gantian R Tharumarajah.
SELANGOR: Mohd Anis Faron (Zainurin Abd Kadir)(Syamil Baharuddin), Razman Roslan, Mohd Zaiza Zainal Abidin, Abdul Ghani Rahman, Mohd Fadhil Hashim, P. Gunalan, Shukor Adan, Mohd Aizulridzwan Razali, Mohd Amri Yahyah, Amirul Hadi Zainal, Muhamad Noor Hassan, R Tharumarajah, Mohd Raimi MD Nor, Abdul Hadi Yahya, Choi Woh Seng, S Sritharan