Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
25.12.06

Belum boleh bangga

Oleh: Harian Metro

Harian Metro hari ini melaporkan bahawa setelah tiga perlawanan berlalu nampaknya masih belum ada prestasi yang boleh dibanggakan dalam kesebelasan utama Selangor.

 

Itulah rumusan awal dan paling ketara ketika menentang Brunei, walaupun mengutip tiga mata penuh tapi belum cukup menggambarkan kejayaan sebenar pasukan.

 

Jurulatih Dollah Salleh turut mengakui belum berpuas hati dengan mutu permainan anak buah serta sedang memikirkan apakah ramuan sebenar diperlukan untuk melengkapkan resepi kejayaan selepas kecundang kepada Telekom Melaka.

 

Katanya, walaupun ada peningkatan, ia belum cukup untuk meyakinkankannya kerana posisi bahagian serangan dan pertahanan memerlukan perhatian.

 

"Jentera serangan sering mengasak tapi peluang banyak disia-siakan. Sebab itu kita perlu beri penekanan di bahagian ini begitu juga kelekaan pertahanan kerap membuka ruang lawan melakukan percubaan bahaya.

 

"Sejak kita kalah kepada TMFC, pemain lebih matang mengharungi perlawanan seterusnya. Pengajaran itu membuatkan mereka sedar tetapi dalam masa sama ada juga kesilapan berulang khususnya di bahagian pertahanan.

 

"Bila kita banyak melakukan serangan kita mudah leka dan sebab itulah kita mudah dibolosi pasukan lawan. Inilah yang harus diberi penekanan supaya kita tidak melakukan kesilapan sama yang boleh mengundang masalah," katanya.

 

Selangor kini melonjak di tangga kedua dengan enam mata dengan kedua-dua gol dijaringkan Shukor Adan m-36 dan m-64 menerusi bekas penyerang Pahang, Mohd Fadzli Shaari.