21.02.07
Pulau Pinang 1 Selangor 2 (Liga Super)
Setelah mengalami 3 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super, Selangor kembali ke landasan kemenangan apabila mencatat kejayaan pertama di tempat lawan musim ini dengan mengatasi Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan 2-1. Selangor yang bermain dengan 10 orang pemain hampir 3/4 perlawanan setelah Megat Amir Faisal dilayangkan kad merah oleh pengadil seawal minit ke 28 menjaringkan gol menerusi Fadzli Saari dan Fadhil Hashim. Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan A Jeganathan.
Bernama melaporkan: Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang gagal mengambil kesempatan bermain di gelanggang sendiri bila tewas 1-2 kepada Selangor.
Pasukan pelawat menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-15 menerusi Mohd Fazdli Saari yang menanduk tepat ke dalam gawang setelah menerima umpanan sudut daripada Mohd Fadhil Mohd Hashim.
Serangan bertubi-tubi daripada pasukan tuan rumah untuk menyamakan kedudukan berhasil pada minit ke-28 bila penjaga gol Selangor, Megat Amir Faizal menjatuhkan Ahmad Norafandy Md Yatim dan pengadil menghadiahkan penalti yang disempurnakan oleh A.Jaganathan.
Mohd Fadhil Mohd Hashim kembali meletakkan Selangor di hadapan selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke- 61 untuk pasukannya mengutip tiga mata penuh.