07.06.07
Selangor 1 P Pinang 1 (Liga Super)
Gol ke-10 Akmal Rizal Rakhli musim ini menyaksikan Selangor dan Pulau Pinang terikat 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi membosankan ketika Selangor kelihatan lebih menumpukan perhatian kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Kedah yang bakal berlangsung seminggu lagi. Pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului di separuh masa pertama sebelum Selangor membalas menerusi sepakan penalti Akmal Rizal di babak kedua.
SELANGOR: Megat Amir Faisal, Razlan Joffri Ali, Razman Roslan, Abdul Ghani Rahman, P Gunalan, Wan Hoesne Wan Hussain, Shukor Adan, Fadzli Saari, D Surendran, Akmal Rizal, Safie Sali