Selangor FA
Zakaria Ab Rahim
Persatuan Bolasepak Selangor
Stadium Shah Alam
19.09.07

Elie bakal kembali ke Selangor

Oleh: The Star

The Star hari ini melaporkan, pemain sayap dari Indonesia Elie Aiboy berkemungkinan kembali menyarung jersi Selangor dalam aksi Liga Super musim depan.

Jurulatih Dollah Salleh memaklumkan bahawa pihak pengurusan sedang berbincang dengan Elie sebelum boleh mengesahkan kehadiran beliau.

"Elie menyatakan kesungguhan untuk kembali tetapi kita perlu berbincang dengan majikan beliau, Arema Malang. Musim baru dijangka bermula pada bulan November tetapi Elie hanya boleh beraksi bermula Januari," ujar Dollah.

Elie, bersama-sama rakan senegara Bambang Pamungkas dan penyerang Argentina Brian Fuentes memainkan peranan penting dalam membantu kejayaan Selangor meraih treble pada 2005.

Bagaimanapun Dollah berkata Bambang hampir pasti tidak kembali berikutan komitmen lain.